Thursday, October 29, 2009

PESAN IBU


Saya bertanya kepada emak, "mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? " Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman. "Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam. "Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.." Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.." Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak. Secret Admire.

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.." Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . "

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.
" Redha Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. " Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Puisi hatiku…


Ku ukir Sebuah puisi hatiku
Bertemankan tinta nan basah
Di atas sekumal kertas
Bersaksikan titisan jernih dari angkasa
Turun membasahi bumi nan kontang
Ku lukis
Sebuah puisi hatiku
Buat tatapan dirimu
Di kala sunyi mendatang
Di saat sepi menjelma
Sebuah puisi hatiku
Ku ukir
Dan ku lukis di sini
Agar kau memahami isi hati ku
Agar bisa kau mengerti
Hembusan cintaku
Kepada dirimu
Tenunglah dan dengarlah bicara hatiku
Yang tiada mampu ku simpan lagi
Mengertilah
Yang aku jua Mengigatimu
P/S : Someone special for me



Renung-renungkanlah



Waktu-waktu Terbaik Untuk Berdoa

1. Waktu sahur.
2. Waktu selepas azan.
3. Waktu 1/3 malam.
4. Waktu hujan lebat.
5. Waktu melihat Kaabah.
6. Waktu tawaf dan sa'ei.
7. Waktu setiap kali lepas sembahyang.
8. Waktu setiap kali lepas membaca al-Quran.
9. Waktu hampir untuk berbuka puasa.
10. Waktu berpuasa wajib atau puasa sunat.
11. Waktu di antara dua khutbah Jumaat.
12. Waktu di antara iqomah dan sembahyang.
13. Waktu berkumpul dalam majlis ilmu atau majlis zikir.
14. Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.
15. Waktu semasa meminum air zam-zam.
* Semoga Doa Kita Akan Dimakbulkan Allah SWT

Monday, October 12, 2009

Memories In Kelantan

Pertunangan ejai ngan fatin

My memory Photo
ejai,tengku ngan aku

aku ngan nana
ejai,aku,tengku ngan umaira (si kecik tue)

nana,aku and durians

nana,aku and ejai

Cousin aku ajak aku meneman majlis pertunangan die kat Kelantan..Mulernye malas gak nak g tp bile pk balik ble lg nk jalan2 kat Kelantan kan..dah ler transport n makan die support...so pe lg tanpa pk 2x aku join la gak trip die..!!..Rombongan dari belah kami juz 4 kete jerk..km bertolak dr penang pkul 9.oo pg..sampai kelantan lebih kurang pukul 2.00 ptg..!!

Kat saner km sewa homestay jer..perjalanan yg memakan maser selama lebih krg 6 jam tue menyebabkan pinggang aku cam nk patah (cewah mengalahkan org yg drive..hehe)..sampai2 jer km sumer merebahkan diri dulu especially pak jang aku ar yng merangkap ketua rombongan ini..

Lebih kurang dalam pukul 4.00 ptg rombongan kami bertolak ke rumah bakal tunang sepupu aku nie..x ler jauh sgt umah tunang die nie ngan homestay kami lebih kurang 20 minit jerk..sampai jer rombongan kami di rumah diorang kami disambut dengan meriah sekali..almaklumlah owang jauh datang..!!

So upacara pertunangan pun dijalankan..selepas upacara “Letak Belanja” selesai..seterusnyer upacara tukar cincin dan upacara persandingan plak..gempak gak majlis pertunangan diorang nie..So secara rasmi ler cousin aku nie jadi tunangan owang..!! (pas nie jgn nakal2 lagi yer Ejai).

Sebelah malam pula aku bersama Cousin2 aku yg lain g jalan2 kat Wakaf Che Yeh..mcm2 jg ar der jual kat cni..sampai naik juling mata aku…x tau nk beli per..hehe…aku beli tudung kat mak aku n kalau dah sampai cni x sah ar kalu x beli kopok lekor..!!penuh gak ar bonet kete ngan barang2 aku nie..hehe..

Esok paginyer kami pun bertolak pulang ke negeri asal kami..dlm perjalanan pulang sempat lg kami singgah tepi jalan kat Jeli..bukan wat per pun juz makan durian jer…!!ERMM SODAPNYER DURIAN..selamat tinggal Kelantan..

SELAMAT BERTUNANG BUAT EJAI DAN FATIN
SEMOGA KORANG BAHAGIA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT

Sunday, October 11, 2009

Release Tension Kat Taiping



Ermm bz betoi aku minggu lepas..byk betoi keje yg aku nk kene settlekan..selagi x tutup mata..keje..keje..keje..tapi x per le keje tue kan amanah n tanggungjawab kite so kite kenelah buat dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan..insyallah moga-moga rezeki yang diperolehi kite nie akan diberkati Allah SWT.

Kalu dok asyik pk pasal keje pun pening kapala jg kan..so aku ngan beberapa member ofis aku pun planning nak makan angin ujung minggu..km pun planning pegi Taiping..kiranya tempat yang paling dekat ar jg dan yang paling penting dapat save budget..almaklumlah gaji bulan nie awal..hehe..!!

So ari sabtu baru nie kami pun bertolak ler ke Taiping..Kami pegi berempat je (aku,kak min, kak farah dan keynah) sumernyer yang bujang2 trang tang tang lagi..hehe..Destinasi 1st kami ialah Maxwell Hill (Bukit Larut)..km naik ke puncak ngan Jeep..mulernyer niat di hati nak jalan kaki jer sampai ke puncak oleh sebab masing-masing stamina dah ke tahap minimum so kami guner ler pengangkutan yang telah di sediakan dengan bayaran RM 6.00 sorang (murah jer)..sejuk gak biler sampai ke puncak nie..per lagi time tue ler km posing sakan..bukan senang nak amek gambar kat atas bukit nie..hehe..Nasib ler pose dan rayer dah lepas..kalu x nak gak aku join tengok anak bulan kat Bukit Larut nie..hua..hua..!!!..dalam pukul 12.00 tgh km pun turun..tp time turun nie aku rase ting tong (pening) cket ar..may be aku dalam Jeep tue dah jd ikan sardine dalam tin kot..sempit gler Jeep tue..tp x per best pengalaman nie..!!!

Pas tue kami pegi tempat untuk berendam plak iaitu Busmese Pool (Batu Hampar)..yg excited sgt nk berendam nie kak farah n keynah ler..may b diorg nie dh lamer x jumper air kot..hehe (jgn mare ye anak dara 2 owg nie)..mandi ler sepuas2 hati korang sebelum korang dimandikan..sebenarnyer aku pun excited gak tp oleh sebab ting tong aku x brapa nak hilang lagi so aku rendam kaki pun dah memadailah..kak min plak jd pemerhati dan penjaga kami…biasa ar dah jalan2 nie perut pun berkeroncong..nasib baik ler der seorang yang berprihatin dikalangan kami berempat nie..thanx kak farah coz bw nasi ayam…tau2 jer kami nie kelaparan..!!

Seterusnyer sebelum pulang kami singgah Ke Taman Tasik Taiping..dah sampai sini kami x lepaskan ar peluang naik itik..Itik nie bukan sebarang itik tau itik nie pandai mengayuh…so kami pun mengayuh ler itik nie ke tengah tasik lebih kurang setengah jam..sampai crump ler gak kaki aku ngan kak min..(x pe2 kat umah nant kiter blik urut yer)..!!..kaki kak farah n keynah aku x tau ar crump ke x…sbb aku tgk diorg steady jer..may b diorg dah practice kot maser berendam tadi hehe…!!pas tue kami pun blik ler..

GOOD BYE TAIPING..!!

Wednesday, October 7, 2009

My Sister And Me

Nie ler adek2 aku yg tersayang..kami nie pu3 kepada mak ayah kami..adek aku yg second nie pemalu cket tapi agak brutal..hehe..yg bongsu plak brutal gak tapi sensitiviti hak milik die..hua hua..walaupun kadang-kadang adek2 aku nie nakal cket..tapi akak tetap sayang korang berdua..!!akak doakan smoga korang berjaya dalam hidup..jadilah kebanggaan keluarga kiter..!!

Tuesday, October 6, 2009

SeKaDaR ReNunGaN



Ya Allah,
Aku hanyalah insan biasa yang tidak punyai apa-apa,
Segala hidupku matiku hanya ku berserah pada_Mu Ya Allah,
Ajal, maut, jodoh, pertemuanku semuanya telah
ditentukan Oleh_Mu sejak azali lagi,
Aku berserah segala-galanya pada_Mu yang Allah.

Ya Allah,
Aku akui sebagai insan biasa di dunia fana ini,
Tidak terlepas aku dari lalai dan leka dalam
Menjalankan tanggungjawabku sebagai hamba_Mu,
Namun akan aku cuba sedaya upayaku untuk mengabdikan diri pada_Mu.

Wahai Tuhanku,
Jauh sudah rela kakiku melangkah, Aku hilang tanpa arah,
Aku insan yang lemah,terangilah jiwa dan perjalanan hidupku,
Ampunkanlah segala dosaku, terimalah taubatku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosaku

Ya Rabbi,
Izinkanlah aku kembali padamu,
Meskipun mungkin takkan sempurna,
Berikanlah aku kesempatan waktu,
Untuk Bersujud pada_Mu.

p/s : Coretan ini hanyalah sekadar untuk renungan kita bersama. Semoga hidup kita akan diberkati dan diredhai Allah SWT...Amin

Thursday, October 1, 2009

Picture Lamer


Nie gambar2 lamer maser time aku study dulu..time nie memg best giler..memg njoy habis..kepada kwan2 aku sumer smoga korg sumer gumbira ngan life skunk..aku windu kat korg sumer..tringat zaman2 kter wat assignmet samer2..ari2 mkan sardin..huhu..aku harp one day nnt kt dapt jumper lg..kpd yg dah berkeluarga..smoga berbahagia ngan suami n anak2 yang tercinta..!!rjin2 ler contact aku yer..Misz u all..!!

p/s : Selamat melayari bahtera rumahtangga kepada (Zai,Betty,Noe,Erin,Wawa,Din,Duan,Omar)

kepada ayie plak aku doakan smoga cepat2 mendapat jodoh..kenduri jgn lper invite aku ek..

Raya Aidilfitri Tahun 2021..Raya dalam keadaan pendemik

 Assalamualaikum.. Sambutan Aidilfitri yang agak sedih tahun ini..sudah 2 tahun kami beraya dalam keadaan pendemik yang semakin meruncing..r...