Tuesday, May 30, 2017

Ramadhanku

Alhamdulilah...

Empat Ramadhan sudah untuk hari ini...begitu banyak pahit manis yang hendakku "sharing" pada kali ini...semoga segalanya dapat aku tempuhi dengan setabah dan seikhlas hati di atas pertolongan daripada Allah SWT...Insha Allah..aminnn..aminn

15/5/2017 (Isnin)

Syukur..7 tahun sudah aku bersama suamiku yang tercinta...tiada apa yang ku harapkan hanya doa di panjatkan agar suamiku sentiasa sihat sentiasa....amin..aminn...walaupun sedetik kesedihan dihati ini dirasai namun kuselitkan secebis senyuman agar ulangtahun perkahwinan kami tahun ini tetap seperti tahun sebelum2 ini...semoga hari2 yang kami lalui selepas ini akan lebih membahagiakan kami sekeluarga...Insha Allah.

25/5/2017 (Khamis)

Suamiku di masukkan ke Hospital Lam Wah EE untuk pemantau proses operation Batu Karang yang dihadapinya...hari tu aku hanya mampu meghantarnya sahaja..namun aku tak dapat menjaganya di wad kerana anak-anak dirumah memerlukan aku...sayu sahaja aku lihat dia keseorangan  di wad..xpe la ramai nurse menjaganya disana..kiki

ayah beruniform
Abang steady jer...

26/5/2017 (Jumaat)

Pagi-pagi lagi aku dah sampai ke Hospital menemani buah hatiku...thanx adik iparku sudi menghantar aku ke hospital...seharian aku dan suami menunggu turn untuk proses operation...hatiku ini hanya Allah jer tau...kalo boleh biarlah semua ini berlalu dengan cepat...betul la orang kata penungguan itu satu penyeksaan..huhu :(

Muka abang yang agak keboringan menunggu turn




Alhamdulilah..tepat pukul 7.15 malam...suamiku telah ditolak ke bilik operation...akhirnya penungguan kami pon berakhir...aku keseorangan di luar bilik operation..hanya zikir dan doa pada Allah sahaja yang aku mmpu lakukan...ku berharap segalanya dipermudahkan Allah..aminn

 
Bilik Operation
 

Kakak pon melawat ayah juga

Tengok gambar ni mengalir air mata ibu..

27/5/2017 (Sabtu)

Sambutan awal Ramadhan kami tahun ini berbeza sedikit daripada tahun sebelum ini..sahur kami kali ini sekadar Roti Gardenier bersama air mineral sahaja ...Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku dan suami pinjaman nafas sekali lagi untuk kami mengecapi Bulan Ramadhan yang mulia ini...semoga Ramadhan ini akan lebih membawa seribu pengertian buat kami suami isteri...

Titipan doaku buat suami..anak-anak dan keluargaku dipertingkatkan lagi agar kami sekeluarga sentiasa berada di bawah Rahmat_Nya dan dikurniakan rezeki kesihatan yang baik.. Ya Allah makbulkan doa hambamu ini..amin..amin..amin...

Suami Ahmad Farizan Bin Saarani :SEMOGA ABANG CEPAT-CEPAT SEMBUH





Tuesday, May 23, 2017

Majlis Akikah dan Sambutan Hari Lahir Adik Naufal

23/4/2017 (ahad)

Alhamdulilah selesai sudah Majlis Akikah putera saya Ahmad Naufal Ilman Bin Ahmad Farizan...Sekejap sahaja masa berlalu..adik pon dah setahun sudah..hehe..macam2 akal dia ye...keletah adik memang buat ibu seringkali tertawa...:)

Terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghadirkan diri ke majlis saya ini..Terima kasih my sweet love husband. mak ngan abah banyak membantu kami bagi melancarkan majlis ini...amin..aminn

Tiada apa yang ibu pintakan dari adik..cukupla adik menjadi anak yang berjaya didunia dan akhirat..anak yang  membesar dengan cerdas, cergas dah pintar..semoga doa ibu ini akan dimakbulkan ALLAH SWT..amin..amin..amin

 Sekitar Gambar Majlis yang sempat ku ambil untuk dijadikan tatapan kenangan..

















Monday, April 24, 2017

SUKANEKA TADIKA MENARA GADING 2017

16 APRIL 2017 (AHAD)

Alhamdulilah selesai sudah sukan kakak piyya pada tahun ni...Tahun ni tahun terakhir kakak sukan di Tadika Menara Gading...terasa sekejap sahaja masa berlalu...sudah 3 tahun kakak di tadika ni...cikgu2 semuanya baik-baik belaka..ibu plak terasa sedih kakak nak tinggalkan Menara Gading...hihi..(ibu ni mmg sesentif kalo bab2 perpisahan ni)...kiki

Kakak piyya mewakili rumah hijau..semangat jer kakak piyya nk pi sukan..bangun  pagi pon mudah cepat dan tangkas...kalo tak..jenuh ibu nak memujuk..hihi (itu lah perangai puteri kesayangan saya)..dengan semangat waja kakak tu..ibu ngan ayah memberi sokongan moral dengan memakai baju yang sama tema ngan rumah sukan kakak (CAYOK LA HIJAU)...:)

Adik Naufal pon x ketinggalan nak tgk kakak pi sukan...walaupon dia tersengguk-sengguk tapi..adik tetap tahan matanya..thanx adik x buat perangai..:)..Tahniah kakak menang 4 hadiah daripada 6 acara...(4 emas 1 perak)...cayok ar anak ibu...sayang kakak piyya..:)

Jom intai gambar yang ada sekitar acara berlangsung..

Manalah kakak piyya nie..Lambat sgt...

supporter from ayah..ibu ngan adik

posing kakak piyya

kakak ngan tokwan

kakak ngan syifa

kakak ngan gang rumah hijau

kakak tggu turn acara seterusnya

bestttt form kakak piyya

medal kemenangan pertama

medal kemenangan kedua

yeszzz medal kemenangan ketiga

family potrait

adik dah buat muka bosan..hehe

kakak ngan mia (her best frez..)

Wednesday, April 12, 2017

Tips Mendidik Anak




Berikut adalah antara 5 tip yang kami perolehi dari perkongsian Prof Dr Muhaya untuk mendidik anak;

1. Fokus Pada Kebaikan Anak.
  • Tukar fokus kita dari mancari salah anak kepada fokus mencari kebaikan yang anak lalukan.

2. Pujian Membentuk Keyakinan Diri.
  • Puji anak anda diatas perkara positif yang dilakukan. Berikan penghargaan.
  • Anak yang tidak dipuji selalu rasa rendah diri. Aku tak pandai, aku tak itu, aku tak ini…

3. Kritikan Ibubapa Racun Kepada Anak.
  • Anak yang membesar dengan kritikan akan benci diri, rendah diri dan membenci orang lain.
  • Imej negatif yang dibentuk dari kritikan kepada anak menyukarkan anak-anak untuk berjaya.

4. Beri Anak 2 Perkara Penting
a) Penghargaan.
b) Contoh yang baik.
Anak-anak adalah cermin bagi diri kita. Bagaimana anak, begitulah ibubapanya.

5. Tangkap Anak Bila Mereka Buat Betul.
  • Bila kita selalu tangkap anak ketika melakukan kesalahan, mereka akan lebih kerap melakukan perkara salah.
  • Bila kita selalu tangkap anak ketika berbuat kebaikan, mereka akan lebih kerap melalukan kebaikan.

Tuesday, March 28, 2017

Cuti Pendek di Taman Belia

25/3/2017 (Sabtu)

Kecian kakak piyya tak pi mana-mana pon cuti kali ni...tak pe la kita pi la tempat yg banyak kera untuk cuti kali ni...hihi...kera pon kera la yg penting dpt pi jejalan ye  kakak piyya...hehe..

Percutian yang tak dirancang...di youth park ni yang menarik hati adalah kolamnya saja...Surau ngan Toilet agak ok laa...bg kanak2 riang mereka akan agak teruja ke sini sbb de taman permainan..bg kita yang dh agak tua bangka ni...rasa cam nk lena jer sampai sini..kiki...

Takde apa yang nak  diceritakan sangat...cuma cerita pendek untuk tatapan diri sendiri dan sahabat blog yang sejati (kak pidah n kak ida)..hehe..

Jommmm...layan gambar je laaa...hahahahaha










Friday, February 17, 2017

zoo..zoo..jom pi melawat zoo

Hiii Kawan-kawannnn...kembali ke entri seterusnya....

Assalamualaikum..

4 Februari 2017 (Sabtu)

Kembali lagi kita ke taman haiwan yang udah kerap kali pergi tapi....permintaan anak kita turutkan jer...hihi...)..Naufal first time datang ke taman haiwan nie...Nampak sangat kurang keterujaan Naufal...rupanya adik ni amat geli geleman dengan haiwan berbulu ni ye...(ikut perangan sape ntah)...
nak amik gambar ngan replika pintu depan zoo tu pon dah nampak action adik yang kurang menyenangkan..hmm x pela may be 1st time dalam hidup adik nampak benda-benda berbulu lagu ni..haha..

Kakak very exited plak....ye la dia yang nak pi sgt..sampai berguling-guling kat umah nak pi..ok fine..janji kakak puas hati... :)


ok jom kita terjah gambar2 kami di sana...ibu agak segan nk berphotogenik..almaklumlah may be dah bnyak lemak tepu berkumpul di segenap lapisan kulit dan eperdermis...kui..kui...

Buah hati kekasih saya

Amboi Ayah pandang adik lain macam jer...

Gambar ni jer la yang nampak saya cute ckit...hehe

Adik Exited naik train

kakak begitu dahaga..aummm

Sempat lagi bergambar..boleh la 1 pcs juz RM 10.00

Boring asyik beli fridge magnet...so kami beli kipas plak..blh laa kot black out nnt guna kipas ni..hihi


Wednesday, February 8, 2017

Anak Teruna Saya

Hai..baru nak perkenalkan anak teruna saya..merangkap hero ayahanda farizan...

Ni la Ahmad Naufal Ilman Bin Ahmad Farizan
dah 9 bulan dah pon...
gigi kapak dah tumbuh dua batang kata atas..hihi

dah boleh meniarap..
dah boleh gigit orang
dah boleh koyak buku kakak
dah boleh kacau ibu iron baju

suka minum susu lactogen
suka makan moi nasi
suka tengok orang makan..hihi

Raya Aidilfitri Tahun 2021..Raya dalam keadaan pendemik

 Assalamualaikum.. Sambutan Aidilfitri yang agak sedih tahun ini..sudah 2 tahun kami beraya dalam keadaan pendemik yang semakin meruncing..r...