Wednesday, April 12, 2017

Tips Mendidik Anak




Berikut adalah antara 5 tip yang kami perolehi dari perkongsian Prof Dr Muhaya untuk mendidik anak;

1. Fokus Pada Kebaikan Anak.
  • Tukar fokus kita dari mancari salah anak kepada fokus mencari kebaikan yang anak lalukan.

2. Pujian Membentuk Keyakinan Diri.
  • Puji anak anda diatas perkara positif yang dilakukan. Berikan penghargaan.
  • Anak yang tidak dipuji selalu rasa rendah diri. Aku tak pandai, aku tak itu, aku tak ini…

3. Kritikan Ibubapa Racun Kepada Anak.
  • Anak yang membesar dengan kritikan akan benci diri, rendah diri dan membenci orang lain.
  • Imej negatif yang dibentuk dari kritikan kepada anak menyukarkan anak-anak untuk berjaya.

4. Beri Anak 2 Perkara Penting
a) Penghargaan.
b) Contoh yang baik.
Anak-anak adalah cermin bagi diri kita. Bagaimana anak, begitulah ibubapanya.

5. Tangkap Anak Bila Mereka Buat Betul.
  • Bila kita selalu tangkap anak ketika melakukan kesalahan, mereka akan lebih kerap melakukan perkara salah.
  • Bila kita selalu tangkap anak ketika berbuat kebaikan, mereka akan lebih kerap melalukan kebaikan.

No comments:

Ramadhanku

Alhamdulilah... Empat Ramadhan sudah untuk hari ini...begitu banyak pahit manis yang hendakku "sharing" pada kali ini...semoga s...