Monday, March 4, 2013

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata


"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..." 

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR . 

 Jika perlu MENANGIS, menangislah. .tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN . 

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .

  Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH . 
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA . 

 Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA . 

 Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .  

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah. . asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH . 
  • Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
  • Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .
Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .

Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira. 

Bersederhanalah. .. adalah jawapan kepada segala- galanya


p/s : renung-renungkanlah wahai teman2ku sekalian.. 


 

No comments:

Raya Aidilfitri Tahun 2021..Raya dalam keadaan pendemik

 Assalamualaikum.. Sambutan Aidilfitri yang agak sedih tahun ini..sudah 2 tahun kami beraya dalam keadaan pendemik yang semakin meruncing..r...