Monday, April 24, 2017

SUKANEKA TADIKA MENARA GADING 2017

16 APRIL 2017 (AHAD)

Alhamdulilah selesai sudah sukan kakak piyya pada tahun ni...Tahun ni tahun terakhir kakak sukan di Tadika Menara Gading...terasa sekejap sahaja masa berlalu...sudah 3 tahun kakak di tadika ni...cikgu2 semuanya baik-baik belaka..ibu plak terasa sedih kakak nak tinggalkan Menara Gading...hihi..(ibu ni mmg sesentif kalo bab2 perpisahan ni)...kiki

Kakak piyya mewakili rumah hijau..semangat jer kakak piyya nk pi sukan..bangun  pagi pon mudah cepat dan tangkas...kalo tak..jenuh ibu nak memujuk..hihi (itu lah perangai puteri kesayangan saya)..dengan semangat waja kakak tu..ibu ngan ayah memberi sokongan moral dengan memakai baju yang sama tema ngan rumah sukan kakak (CAYOK LA HIJAU)...:)

Adik Naufal pon x ketinggalan nak tgk kakak pi sukan...walaupon dia tersengguk-sengguk tapi..adik tetap tahan matanya..thanx adik x buat perangai..:)..Tahniah kakak menang 4 hadiah daripada 6 acara...(4 emas 1 perak)...cayok ar anak ibu...sayang kakak piyya..:)

Jom intai gambar yang ada sekitar acara berlangsung..

Manalah kakak piyya nie..Lambat sgt...

supporter from ayah..ibu ngan adik

posing kakak piyya

kakak ngan tokwan

kakak ngan syifa

kakak ngan gang rumah hijau

kakak tggu turn acara seterusnya

bestttt form kakak piyya

medal kemenangan pertama

medal kemenangan kedua

yeszzz medal kemenangan ketiga

family potrait

adik dah buat muka bosan..hehe

kakak ngan mia (her best frez..)

Wednesday, April 12, 2017

Tips Mendidik Anak




Berikut adalah antara 5 tip yang kami perolehi dari perkongsian Prof Dr Muhaya untuk mendidik anak;

1. Fokus Pada Kebaikan Anak.
  • Tukar fokus kita dari mancari salah anak kepada fokus mencari kebaikan yang anak lalukan.

2. Pujian Membentuk Keyakinan Diri.
  • Puji anak anda diatas perkara positif yang dilakukan. Berikan penghargaan.
  • Anak yang tidak dipuji selalu rasa rendah diri. Aku tak pandai, aku tak itu, aku tak ini…

3. Kritikan Ibubapa Racun Kepada Anak.
  • Anak yang membesar dengan kritikan akan benci diri, rendah diri dan membenci orang lain.
  • Imej negatif yang dibentuk dari kritikan kepada anak menyukarkan anak-anak untuk berjaya.

4. Beri Anak 2 Perkara Penting
a) Penghargaan.
b) Contoh yang baik.
Anak-anak adalah cermin bagi diri kita. Bagaimana anak, begitulah ibubapanya.

5. Tangkap Anak Bila Mereka Buat Betul.
  • Bila kita selalu tangkap anak ketika melakukan kesalahan, mereka akan lebih kerap melakukan perkara salah.
  • Bila kita selalu tangkap anak ketika berbuat kebaikan, mereka akan lebih kerap melalukan kebaikan.

Raya Aidilfitri Tahun 2021..Raya dalam keadaan pendemik

 Assalamualaikum.. Sambutan Aidilfitri yang agak sedih tahun ini..sudah 2 tahun kami beraya dalam keadaan pendemik yang semakin meruncing..r...