Di pagi Jumaat yang mulia penghulu segala hari ini, terdetik dihatiku utk merungkai kembali perjalanan hidupku yang telah lama tidakku coretkan di entri blogku ini...Tak de apa yang dapat aku ungkapkan melainkan Syukur Alhamdulilah kepada Ilahi..Penciptaku Yang Amat Agung...terasa titisan air mataku ini ingin mengalir menandakan sayangku Pada-Mu Ya Allah.
Seketika tadi perjalanku ke ofis yang hanya memakan masa 20 minit dari rumah bondaku menjadikan aku sedikit terkejut,terkesima,terperanjat,trauma, dan segala macam "ter" lah... pabila sebuah kereta wira berwarna putih dari arah bertentangan hampir-hampir nak melanggar kearah keretaku...Ya Allah ketika itu..hanya Tuhan sahaja yang tahu hati dan perasaanku. Alhamdulilah...dengan perlindunganMu Ya Allah kereta tu sempat mengubah haluannya semula...
Syukur..Syukur..Syukur...pada hari ini aku mampu meghirup udara Mu lagi Ya Allah..Aku mampu menjalankan tugasku sebagai seorang hamba Mu Ya Allah..Terima Kasih Ya Allah kerana telah melindungi diriku yang amat kerdil ini...semoga apa yang terjadi pada hari ini akan menambahkan lagi iman dan ketakwaanku pada Mu Ya Allah.
Kepada keluarga dan sahabat-sahabat saya sekalian, walaupun bulan syawwal makin jauh maninggalkan kita namun tak salah sekiranya saya ingin memohon seribu kemaafan dari kalian semua...Saya ni hanya insan biasa..sekiranya ada perkara yang kurang menyenangkan telah saya lakukan maafi diri saya yang serba kekurangan ini. Peristiwa pagi tadi amat-amat mengigati saya ke alam yang akan kita semua akan lalui pada suatu hari kelak...!!!
Dikesempatan ini saya share bersama amalan seharian yang bolah kita amalkan bersama.
DOA PELINDUNG DIRI DARI KELUAR RUMAH
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق
A'udhu zu bi-Kalimatillahi't-tammati min sharra maa khalaq
Maksudnya:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan makhluk. (Riwayat Muslim)
p/s : Sambil bertafakur seketika mengenang mangsa tragedi MH17..smoga roh mereka dicucuri rahmat..aminn
p/s : Sambil bertafakur seketika mengenang mangsa tragedi MH17..smoga roh mereka dicucuri rahmat..aminn
1 comment:
Alhamdulillah sue..semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Nya...Aminn...
Post a Comment