Assalamualaikum..
Sambutan Aidilfitri yang agak sedih tahun ini..sudah 2 tahun kami beraya dalam keadaan pendemik yang semakin meruncing..raya kami tak semeriah 2 tahun sudah..segala-galanya norma baru..tiada ziarah menziarahi..tiada aktiviti bergambar beramai-ramai..kuih raya hanya beli alar kadar saja...rumah pon hias mana yang ada saja..hati terasa sedih dan hiba sebab hari raya tahun ini tak seindah dan tak semeriah dulu.
Adik beradik pon tak semua boleh berkumpul sekali...yang dekat tidak boleh bersentuhan..yang jauh hanya memerhati dan berhubung secara Video Call sahaja...namun walau jarak memisahkan kita tapi kita semua tetap masih bersama-sama..
Ya Allah...hapuskanlah wabak yang sangat berbahaya ini..hadirlah sinar kegembiraan buat hamba Mu dimuka bumimu ini..kuberdoa agar segala-galanya kembali sediakala..hanya padaMu Ya Allah aku bersujud dan berdoa..dan hanya Dikau saja yang dapat melenyapkan wabak durjana dimuka bumiMu ini.
SALAM AIDILAFITRI DARI SUAHAN DAN KELUARGA