Tuesday, May 30, 2017

Ramadhanku

Alhamdulilah...

Empat Ramadhan sudah untuk hari ini...begitu banyak pahit manis yang hendakku "sharing" pada kali ini...semoga segalanya dapat aku tempuhi dengan setabah dan seikhlas hati di atas pertolongan daripada Allah SWT...Insha Allah..aminnn..aminn

15/5/2017 (Isnin)

Syukur..7 tahun sudah aku bersama suamiku yang tercinta...tiada apa yang ku harapkan hanya doa di panjatkan agar suamiku sentiasa sihat sentiasa....amin..aminn...walaupun sedetik kesedihan dihati ini dirasai namun kuselitkan secebis senyuman agar ulangtahun perkahwinan kami tahun ini tetap seperti tahun sebelum2 ini...semoga hari2 yang kami lalui selepas ini akan lebih membahagiakan kami sekeluarga...Insha Allah.

25/5/2017 (Khamis)

Suamiku di masukkan ke Hospital Lam Wah EE untuk pemantau proses operation Batu Karang yang dihadapinya...hari tu aku hanya mampu meghantarnya sahaja..namun aku tak dapat menjaganya di wad kerana anak-anak dirumah memerlukan aku...sayu sahaja aku lihat dia keseorangan  di wad..xpe la ramai nurse menjaganya disana..kiki

ayah beruniform
Abang steady jer...

26/5/2017 (Jumaat)

Pagi-pagi lagi aku dah sampai ke Hospital menemani buah hatiku...thanx adik iparku sudi menghantar aku ke hospital...seharian aku dan suami menunggu turn untuk proses operation...hatiku ini hanya Allah jer tau...kalo boleh biarlah semua ini berlalu dengan cepat...betul la orang kata penungguan itu satu penyeksaan..huhu :(

Muka abang yang agak keboringan menunggu turn




Alhamdulilah..tepat pukul 7.15 malam...suamiku telah ditolak ke bilik operation...akhirnya penungguan kami pon berakhir...aku keseorangan di luar bilik operation..hanya zikir dan doa pada Allah sahaja yang aku mmpu lakukan...ku berharap segalanya dipermudahkan Allah..aminn

 
Bilik Operation
 

Kakak pon melawat ayah juga

Tengok gambar ni mengalir air mata ibu..

27/5/2017 (Sabtu)

Sambutan awal Ramadhan kami tahun ini berbeza sedikit daripada tahun sebelum ini..sahur kami kali ini sekadar Roti Gardenier bersama air mineral sahaja ...Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku dan suami pinjaman nafas sekali lagi untuk kami mengecapi Bulan Ramadhan yang mulia ini...semoga Ramadhan ini akan lebih membawa seribu pengertian buat kami suami isteri...

Titipan doaku buat suami..anak-anak dan keluargaku dipertingkatkan lagi agar kami sekeluarga sentiasa berada di bawah Rahmat_Nya dan dikurniakan rezeki kesihatan yang baik.. Ya Allah makbulkan doa hambamu ini..amin..amin..amin...

Suami Ahmad Farizan Bin Saarani :SEMOGA ABANG CEPAT-CEPAT SEMBUH





Tuesday, May 23, 2017

Majlis Akikah dan Sambutan Hari Lahir Adik Naufal

23/4/2017 (ahad)

Alhamdulilah selesai sudah Majlis Akikah putera saya Ahmad Naufal Ilman Bin Ahmad Farizan...Sekejap sahaja masa berlalu..adik pon dah setahun sudah..hehe..macam2 akal dia ye...keletah adik memang buat ibu seringkali tertawa...:)

Terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghadirkan diri ke majlis saya ini..Terima kasih my sweet love husband. mak ngan abah banyak membantu kami bagi melancarkan majlis ini...amin..aminn

Tiada apa yang ibu pintakan dari adik..cukupla adik menjadi anak yang berjaya didunia dan akhirat..anak yang  membesar dengan cerdas, cergas dah pintar..semoga doa ibu ini akan dimakbulkan ALLAH SWT..amin..amin..amin

 Sekitar Gambar Majlis yang sempat ku ambil untuk dijadikan tatapan kenangan..

















Raya Aidilfitri Tahun 2021..Raya dalam keadaan pendemik

 Assalamualaikum.. Sambutan Aidilfitri yang agak sedih tahun ini..sudah 2 tahun kami beraya dalam keadaan pendemik yang semakin meruncing..r...