Wednesday, September 9, 2015

Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 58

Wow...wow...Alhamdulilah tak terhingga yang mampu kuungkapkan....dapat jua aku merasai kemerdekaan Malaysia Kali Yang Ke-58....Insyallah panjang umo dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT dapat lah aku meraikan kemerdekaan tahun hadapan...!!!

Perarakan peringkat Negeri Pulau Pinang Kali ini di adakan di Bandar Perda, Pulau Pinang..ok lah, dekat la sikit berbanding tahun2 yg lepas...tahun ni semangat lah sikit nak berarak walaupun kawad kami x seindah mana..hehehe.... namun personaliti pegawai2 dan kakitangan daripada Pejabat Daerah Dan Tanah SPS Very Good Looking and Smart Sangatttt..heheee..jom kita intai2 sekitar perarakan tersebut berlangsung.....









 Namun setelah selesai sahaja perarakan untuk tahun ini, kami menerima berita bahawa seorang sahabat kami Rashidah telah dimasukkan ke Hospital KPJ kerana sesak nafas....

Oleh sebab, Hospital tersebut berdekatan dengan tempat kami berarak, sempatlah jugalah kami pergi melawat beliau..semoga Shida cepat2 sembuh dan boleh mai keje balik...aminn...Inilah sebahagian daripada gambar2 dan coretan kenang-kenangan untuk tahun ini.




Monday, August 17, 2015

Memoir Raya (9 Syawwal) 2015

Raya Ke sembilan kami bergerak beraya ke Sungai Petani untuk bertemu dengan nenek kesayanganku (belah emakku). Alhamdulilah perjalanan kami yang hanya memakan masa dalam sejam lebih semuanya berjalan lancar.

Sebelah petang pula aku dan family ke Pantai merdeka untuk makan angin sambil menghirup udara segar di tepian pantai yang indah..hehe

Sekilas gambar yang sempat aku share..jom santai.

Restoran ni memang femes ngan Air Kacang Gunung Jerai

Pasar area Pantai Merdeka

Banyaknya bear

Add caption

buah Hatiku

Senarai harga tambang bot

Bot penumpang ke Tanjung Dawai

Cendol Pantai Merdeka

Rojak Pantai Merdeka

Ayah melayan piyya main ballon


konon2 photographer pro ar tu..hehe

Budak Bucuk

Ayah Pon teringin nak main ballon jg...

macam kakak n adik tak..kiki

sebelum pulang beli kite sebagai cenderamata kenang-kenangan




Sunday, August 16, 2015

Hari Sukan Tadika Menara Gading

Bersua kembali di ruangan blog yang sudah sekian lama tidak ku coretkan..

26/4/2015

Entri kali ini sekadar ingin ku share 1st xperince aku sebagai ibu menghadiri majlis sukan di tadika anakku..waa terasa cepat masa berlalu..dapat jua aku mengecap pengalaman melihat anakku Ainuul Safiyya mengambil bahagian dalam acara sukaneka..anakku yang ambil bahagian aku plak yang ketaq..kiki..

jom kita tinjau-tinjau apa yang terjadi di majlis tersebut..

Sesi Perbarisan Rumah Biru

Amboi2 semangat2 semuanya

Muka Piyya tahan kepanasan..hehe

Lega sikit tengok piyya dah mula nk senyum

sesi gantung kain biru dibelakang piyya

Ibu pon dah tak larat

Piyya ngan member2 nya

Tgh tggu turn utk acara seterusnya

Alhamduliliah dapat juga madel buat piyya

peace my medal

yihaa kak dapat emas ngan gangsa...






















 Insyallah tahun depan kakak piyya cuba lagi yang terbaik...Ayah tidak ada dalam ini gambar sebab ayah penat br pulang dari ghojer...hehe


Thursday, March 5, 2015

Doa Untuk Kesihatan

Assalammualaikum semua, setiap orang pasti inginkan tubuh badan yang sihat dan dijauhi segala jenis penyakit. Bak kata orang "mencegah itu lebih baik daripada mengubati". Selain usaha kita mencegah, kita juga perlulah berdoa kepada Allah s.w.t. Ingat, sesuatu yang berlaku itu semuanya atas keizinan-Nya. Begitu juga dengan penyakit yang datang, semuanya atas kekuasaan-Nya.


Jadi kali ni aku nak tunjukkan pada korang semua senarai doa-doa yang boleh kita semua amalkan untuk menghindari penyakit dan mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Jom sama-sama kita amalkan.


Doa kesihatan diri
Allaahumma ‘aafinii fii badanii, Allaahumma ‘aafinii fi sam’I, Allaahumma ‘aafinii fii bashari.
Allaahumma innii ‘auudzubika minal kufri wal faqri.
Allaahumma innii ‘auudzubika min ‘azaabil qabri.
Laa ilaaha illaa anta.

Ertinya :
“Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku.
Ya Allah, sembuhkanlah penglihatanku.
Ya Allah, sesungguhnya aku berllindung kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran.
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sisa kubur. Tiada Tuhan selain Engkau”
(H.R. Abu Daud dan Al Hakim)

Doa sakit badan
Bismillaah (3x)
A ‘uudzu billaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru.
Wa a’uudzu bi’izzatillaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru (7x)

Ertinya :
“Dengan nama Allah,
aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya
dari keburukan yang aku rasakan dan kutakuti. 
Dan aku berlindung dengan kekuatan kekuasaan Allah
dari kejelekan yang aku rasakan dan kuatirkan”
(H.R. Muslim dan Malik)

Doa Nabi Ayyub A.S
Innii massaniidhdhurru wa anta arhamurraahimin,
wa annii massaniisysyaithaanu bi nushbin wa ‘adzaabin

Ertinya :
“(Ya Allah), sesungguhnya penyakit telah menimpaku,
sedangkan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang.
(Ya Allah), sesungguhnya setan telah menggangguku dengan kepayahan dan siksaan”
(Q.S Al Anbiya’, 21:83 dan Shaad, 38:41)

Doa luka atau penyakit bernanah
Bismillaahi turbatu ardhina biriiqati ba’dhiinaa yasyfi saqiimunaa biidzni rabbinaa

Ertinya :
“Dengan nama Allah,
dengan debu-debu tanah (yang kami ambil ini) dan kain pembersih luka yang kami miliki,
sembuh penyakit kami ini dengan izin Tuhan kami”
(H.R. Muslim)

Doa penyakit demam
Bismillaahil kabiir,
na’uudzu billaahil ‘azhim min syarri kulli ‘irqin naa’arin wa min syarri harrinaar

Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Besar,
kami berlindung kepada Allah Yang Maha Agung
dari kejahatan seluruh urat yang kecapaian dan dari kejahatan api neraka yang sangat panas”
(H.R. Hakim)

Doa ketika sakit bengkak
Allaahumma mushaghghiral kabiir wa mukabbirashshaghiir, maabi

Ertinya :
“Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar dan membesarkan segala yang kecil,
kecilkanlah apa yang ada padaku ini”
(H.R. Al Hakim)

Doa mohon diberikan kesihatan
Yaa Hayyun yaa Qayyun birahmatika istaghiitsu,
ashlih lii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsi tharfata
‘ainii wa laa ilaa ahadin minan naas

Ertinya :
“Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Kekal,
hanya dengan kasihMu aku bermohon pertolongan. 
Sehatkanlah seluruh kondisiku, jangan Engkau biarkan mata ini menangis,
dan jangan Engkau biarkan aku bergantung kepada siapapun”
(H.R. Ath Tabrani)

Doa setelah pembedahan
Allaahumma ighfir lanaa warhamnaa wardha
‘annaa wataqabbal minnaa wa adkhilnaal jannata 
wa najjinaa minan naar wa ashlih lanaa sya’nanaa kullahu

Ertinya :
“Ya Allah, ampunilah kami, sayangilah kami, ridhailah kami, terimalah kami,
dan masukkanlah kami ke dalam surgaMu.
Selamatkan kami dari api neraka dan perbaikilah seluruh
kondisi tubuh kami”
(H.R. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Doa meminum ubat
Bismillaahi asysyaafi,
bismillaahi al kaafii, 
bismillaahi al mu’aafi.
Bismillaahi alladzii
laa yadhurru ma’asmihi syaiun fii al ardhi wa laa fii as samaai wa huwa as samii’ul ‘aliim

Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan,
dengan nama Allah Yang Maha Mencukupi,
dan dengan nama Allah Yang Maha Memaafkan. 
Dengan nama Allah yang tidak akan memberi mudharat sedikitpun,
baik yang di bumi maupun yang di langit.
Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Doa penyakit mata
Allaahumma matti’nii bi basharii waj’alhul waaritsa minnii
wa arinii fil ‘aduwwi tsa’rii wan-shurnii ‘alaa man zhalamanii

Ertinya:
“Ya Allah, berilah aku kenyamanan dengan penglihatanku ini
dan jadikanlah hal serupa kepada ahli warisku. 
Berikanlah pembalasan kepada orang yang memusuhiku
dan menangkanlah aku atas orang yang berbuat zhalim”
(H.R. Al Hakim)

Doa mengatasi kemandulan
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Rabbi laa tadzarnii fardan wa anta khairul-waaritsiin

Ertinya :
Dengan nama allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku sendirian
dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris”
(Q.S. Al Anbiyaa’ 21:89)

Suka tak dengan entri kali ni..? kalau suka, tak salah korang share atau like entri ni. 

Terima kasih daun keladi, kalau sudi mengiringlah lagi

Wednesday, March 4, 2015

Doa Keselamatan Diri dan Keluarga



doa_ibu

Inilah doa yang diajarkan Rasulullah Saw untuk keselamatan diri dan keluarga, agar diri dan keluarga dihindarkan dari kejahatan manusia, binatang, dan bala bencana.

إِنَّ رَبِّيَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ ،
مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأُ لاَ يَكُونُ لاَ حَوْلَ ،
وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ،
أَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ،
وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا،
أَعُوذُ بِالَّذِي يُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ رَبِّي آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Inna robbiyalloohu Huwalladzii laa ilaaha illa Huwa ‘alaihi tawakkaltu wahuwa Robbul ‘arsyil ‘adhim. Maa syaa Alloohu kaana wamaa yasyaa-u laa yakuunu, laa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adhiim. Asy hadu innallooha ‘alaa kulli syai-in qodiir. Wa annallooha qod ahaatho bikulli syai-in ‘aliima. A’uudzu billadzii yumsikus samaa-i an taqqo’a ‘alal ardhi illaa bi-idznih min syarro kulli daabbatin robbiya aakhidzi binaashiyatihaa. Inna robbii ‘alaa shirootim mustaqiim.
“Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung.Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu.Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus” (HR. Tirmidzi).

Abu Darda r.a menjelaskan bahwa ia mendengar Nabi Saw bersabda: “Siapa yang mengamalkan doa ini (doa di atas, Red) dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat hal yang tak diinginkan terjadi pada menimpa diri, anak-anak, pasangan, dan rumahnya” (HR. Thabrani). Wallahu a’lam.*

Tuesday, March 3, 2015

PETUA RAWAT SAKIT GIGI

PETUA RAWAT SAKIT GIGI

Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi: 


- Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
- Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
- Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
- Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
- Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
- Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
- Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

Raya Aidilfitri Tahun 2021..Raya dalam keadaan pendemik

 Assalamualaikum.. Sambutan Aidilfitri yang agak sedih tahun ini..sudah 2 tahun kami beraya dalam keadaan pendemik yang semakin meruncing..r...