Wednesday, July 25, 2012

Sekadar Renungan Bersama


 

~Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu ~

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai kaumku bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami-suami,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ?
”Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya.
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Monday, July 9, 2012

Jejalan kat Penang

Hmm..lahir kat penang..tp umoq nk smpai stahun feri pon safiyya x pernah naik..hehe..ishk2..!!!tb2 ayah cakp.."jom jalan penang" ley gak mkn durian teluk kumbar.:"..aku per lg..dengar jerk durian terus le bunga2 gumbira menari2 di dalam hati nie...hehe..!!thanx ayah bw km jejelan..pas nie adik besar cket kt pi jejalan jauh cket eh..;)















Friday, July 6, 2012

Romantisnya Baginda Rasulullah SAW




Kita inginkan suami yang tenang seperti Zikir (Tentang Dhia), yang romantik seperti Seth (Nora Elena) dan penyabar seperti Adam (AdamMaya)…

Tetapi kita lupa ikon utama umat Islam yang mengajar erti percintaan yang terunggul dengan sifatnya yang lebih tenang, lebih romantik dan lebih penyabar!

Yang dimaksudkan ialah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Kesetiaan dan keteguhan antara suami isteri amat susah untuk ditafsirkan. Pun begitu, apabila suami dan isteri mampu makan dari satu bekas, ataupun suami makan sisa makanan isteri, atau isteri makan sisa makanan suami, seakan-akan tergambar satu watak bahawa antara suami dan isteri itu tidak wujud perasaan jijik sesama mereka.

Rupa-rupanya tindakan seperti itu merupakan pengamalan Nabi SAW dengan para isteri baginda. Ini dapat dibuktikan pada hadis Aisyah yang berbunyi;

كُنْتُ أَشْرَبُ مِنْ الْقَدَحِ وَأَنَا حَائِضٌ فَأُنَاوِلُهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ فَيَشْرَبُ مِنْهُ

Maksudnya;

”aku minum air daripada satu bekas, ketika itu aku sedang datang bulan, lalu Nabi SAW mengambil bekas minumanku itu dan meletakkan mulut baginda pada tempat aku meletakkan mulut pada bekas tersebut”

Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi SAW tidak menjadikan bekas mulut isterinya sebagai jijik, walapun ketika itu isteri Baginda sedang datang bulan.

Bukan sekadar itu saja, bahkan jika diperhatikan kepada hadis lain, didapati baginda juga makan makanan dari kesan gigitan isteri.

Ini dapat dibuktikan dengan sambungan hadis di atas yang menyebut;

وَأَتَعَرَّقُ مِنْ الْعَرْقِ وَأَنَا حَائِضٌ فَأُنَاوِلَهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ

Maksudnya;

”Aku mengigit sepotong daging, lalu sisa gigitan itu diambil oleh Nabi SAW, lalu baginda pun mengigitnya pada bahagian yang aku gigit tadi”

Nah !!! betapa romantiknya Nabi SAW dengan isteri. Lebihan makanan mereka tidak dijadikan sebagai sesuatu yang menghalang Nabi untuk makan dari makanan tersebut.

Dengan hadis ini, teladan yang boleh diambil adalah, bagaimana Nabi SAW telah menjadikan makanan sebagai cara untuk melahirkan perasaan mesra antara suami isteri.
Tindakan begini juga sebenarnya telah melahirkan perasaan cinta yang teguh. Bersama meremajakan dan menghangatkan lagi perasaan sayang, lebih-lebih lagi dalam mengarungi kehidupan rumah tangga yang penuh dengan ujian.

Disamping itu juga, tindakan begini sebenarnya dapat melahirkan kesetiaan dan keyakinan yang penuh antara kedua suami dan isteri. Ini kerana, ia tergambar melalui perasaan tidak berkira atau tidak merasa jijik dan keji terhadap lebihan makanan dan minuman antara pasangan sehingga menganggap ianya seperti lebihan makanan sendiri.

Jika keadaan ini sering berlaku, ia menunjukkan betapa kukuh dan teguhnya perasaan cinta antara dua suami isteri, dan ini juga menjadi bukti nyata bahawa cinta dan sayang yang lahir dari kedua-dua suami dan isteri tersebut adalah cinta yang ikhlas dan sejati.

Oleh itu, suami dan isteri sepatutnya menjadikan tindakan Nabi SAW ini sebagai teladan demi melahirkan perasaan cinta yang tidak hipokrit, lebih-lebih lagi bagi mencari redha Allah SWT.

Raya Aidilfitri Tahun 2021..Raya dalam keadaan pendemik

 Assalamualaikum.. Sambutan Aidilfitri yang agak sedih tahun ini..sudah 2 tahun kami beraya dalam keadaan pendemik yang semakin meruncing..r...